Khamis, 13 Jun 2013

Hai, its me again.. kali ini saya nak share sikit. Anda kenal tak Lee Seung Gi??  Saya minat dengan Seung Gi ni sebab wajah dia yang nakal-nakal cute. Sesuai tak jadi Zarief? hehe.. saya cuma randomly nak share tentang mamat Korean ni.. hehehe.. tapi anda kenal tak??



kalau tak kenal tak pe masih ada masa untuk sesi  berkenalan. Okay bercakap mengenai Lee Seung Gi atau Seung Gi shii ni.. Dia ni cute tau.. cukup pakage lah.. pandai, as in educated tau.. Suara pun mantap, belakon tu pun makanan dia. tak tahan bila tengok dia menangis dan dia jugak pengacara. Bermula di bidang seni ini pada tahun 2004..

hemm.. yang atas tu adalah first MV dia.. Because you are my women debut in 2004. The first song dia. Itu salah satu lagu yang saya minat.. kat bawah ni pulak lagu LOVE IS CRYING BY K.WILL COVER BY Lee Seung Gi at JAPAN 2012.


kat bawah ni lagi is ALONE IN LOVE.


last but not least...
The Last Words by Himself.. OST for GU FAMILY BOOK.


Thanks :)

BAB 5- TANPA NAMA CINTA

"Mama, tadi mak Leha called.. She said that Hafeez is dead mama". syakiraputeri bongsunya mengkhabarkan berita itu pada mamanya Haliza yang leka berbalas pesanan dengan teman-temannya. 

sesaat.. dua saat.. tiada responSyakira membesarkan mataGeram pasa mamanya yang tidak mengendahkan dirinya di muka pintu bilik mamanya itu. 

"MAMA! are you even listening to what I'm just saying ma?" dia berpeluk tubuh tidak berpuas hati dengan mamanya. 

"Yes my dear?  yes I've heard it clearly.." senyuman sinis terbit pada wajahnyasungguh dia senang hati dengan kenyataan ituHarapannya untuk merampas harta Hafeez kini bakal menjadi kenyataan. 

"So? What should we do Mama..? Are we going to kampong now? Can I just stay here. Kiera tak selesa lah mama. Kampong tu kan panas banyak nyamuk pulak." Wah pandai juga perempuan ini berbahasa melayu ye. Buat penat je telinga dengar dia merungut dalam bahasa Inggeris. 

"please mama."  pujuk Syakira lagi. 

"NO! both of you are coming with me. It's a must and it's an order. call you sister now we will be leaving soon." tegas itulah yang suara Haliza. 

"DARN IT!" Syakira meninggikan intonasi suaranya seraya menghentakkan kakinya tanda protesbila mamanya sudah bersuara tiada siapa pun yang berani melawannya 

Manakala Haliza pada ketika itusudah bersedia untuk melancarkan segala rancangan-rancangannya untuk mengambil hak milik Perusahaan yang di uruskan oleh Hafeez. 

"Siap kau Hafeezdulu aku minta baik-baik dekat kau tapi kau halau akuKau belum lagi tahu siapa Mak Su Liza kau ni HafeezAku betul-betul gembira kau dah mampusPeluang aku untuk mengambil alih syarikat akan lebih luas.Sekarang Haji Arsyad kau tengoklah apa aku boleh buat terhadap syarikat yang kau amanahkan pada cucu kesayangan kau ituAku akan pastikan seluruh harta tersebut milik aku! HAHAHAHA"  
_________________________________________________________________________________
 Ibn Abbas r.a. berkata"Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka. Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhiratdan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat." 
_________________________________________________________________________________

Pada kala ituUmairah bersendirian di belakang rumah agam Nek Yam. Sunyi saja suasana malam ituMalah tiada lansung bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi ditelinganya. Yang ada cuma suara arwah Hafeez terngiang-ngiang. 
'Kahwin dengan sayaberulang-ulang suara itu yang di dengarnya bagaikan rakaman suara yang dimainkan berkali-kali. 

KeliruItulah perasaan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan UmairahDia sedih atas pemergian Hafeez tapi sejujurnya dia kurang mengerti akan persoalan atas sebab kesedihannya ituKetiadaan Hafeez sebenarnya telah membebaskannya dari sebuah kehidupan yang terkongkong oleh seorang tunang. Mungkin kesedihannya itu disebabkan oleh rasa bersalahnya terhadap arwah Hafeez. 

Sedang dia bersendiriZarief duduk di sebelahnya. 

"Ehem!" berdehem keras sekali. Sebagai tanda dia wujud disebelah wanita itu. 

Tiada respon. 

"Ehem..ehem!" kali keduanya. 

Tetap tiada respon. 'Cuba menyanyi pulak' 

"Hiding from the rain and snow, 
trying to forget but I won't let go.. 
looking at the crowded street.. 
listening to my own heart beat..  
la la la la la la la la la...." 

Zarief menolehmelihat jika perempuan itu memberikan reaksi. 

Tuutt..tuuutt.. nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba lagi. 

'Menyanyi pulak si Zarief ni malam-malam.. kau tahu tak suara Katak lebih merdu dari suara kau Zarief'. namun tidak terluah dibibir Umairah 

'Hish keras jugak perempuan ni.. aku tak pandai nak pujuk lah!' keluh hati Zarief. 

"Maira, sudahlah tu. Dia dah selamat dikebumikan dah pun. Kau duduk termenung bersendiri kat sini buat apa? bukan itu saja. Senang-senang saja kau dermakan darah kau tu pada nyamuk. Kalau kau nak derma darah sekalipun pergi kat hospital bandar, mereka lagi memerlukan darah untuk pesakit-pesakit." okey serangan Zarief bermula. Mungkin ini adalah cara Zarief untuk mengumpan Umairah bersuara. 

Umairah menoleh pada Zarief dan menjelingnya tajam. 

"Yelah kalau kau nak nangis lagi aku ada kat sini. Aku tak ke mana-mana pun." ujar Zarief lembut. 

"Bila masa pulak saya nak nangis? Saya cuma nak bersendiri" lirih suara Umairah.  

"Oh okay!" 

Sangka Umairah, Zarief akan beredar sejurus lepas dia menuturkan kata-katanya itu tapi nyata sangkaannya silap. Zarief masih lagi duduk di sebelahnya.  
Dia meruapkan wajahnya seraya berkata "Kau tak ada kerja lain ke selain ikut aku di sini sana? Pergilah tolong Nek Yam  kemas-kemas ke buatlah kerja yang berfaedah aku rimaslah dengan kau. Kalau kau tak ada teman tu kat dalam tu ada Syakira dan Syakila kau boleh jadikan teman kau. Aku betul-betul naik rimas dengan kau dan aku tak ada masa nak layan perangai kau yang kebudak-budakkan." ujar Umairah yang tidak sedar bahawa dia sudah merubah cara percakapannya dari 'saya-awak' kepada 'aku-kau' 

Zarief tergamam dengan bahasa Umairah yang kasar padanya. 

'Dia rimas dengan aku' Zarief menelan liurnya terasa sedih bila Umairah meluahkan rasa hatinya. 

"Maira aku cuma.." 

"Cuma apa? cuma nak rosakkan hubungan aku dengan Hafeez kan? Kalau kau tak datang rumah aku tadi Hafeez tidak akan kemalangan kau tahu tak?" 

"Maira.. aku mengaku aku pun salah dalam hal ini. Tapi Hafeez dah arwah dah. boleh tak we just move on?" 

"Cukup Rief, Just go! sebelum aku buat perkara diluar kewarasan aku. Pergi! I don't need you here. Leave now!" 

"Okay" hanya itu yang terluah dari mulut lelaki itu lantas terus mengangkat punggung beredar dari tempat itu segera. 
  
'Maira kau tahu tak yang aku cuma nak kau tahu yang aku sayang kau dan aku sanggup buat apa saja asalkan kau bahagia' gugur air mata lelaki itu saat hatinya mengucapkan kata-kata itu.