Langkah di atur.. kiri,
kanan, kiri, kanan.. dia toleh ke kanan, toleh ke kiri. Lepas saja
menunaikan solat Subuh dia mula melangkah keluar dari rumah agam Nek
Yam melalui pintu belakang meredah dusun hanya untuk satu tujuan. Ke
rumah Umairah.
Dia harus.. bukan harus..
tapi wajib! Ya! Adalah satu kewajipan buat dirinya untuk melaksanakan
misinya pada hari tersebut. Dia akan memusnahkan rancangan lelaki
palsu itu. Tapi perkataan memusnahkan itu bunyinya kejam. Bukan itu
niatnya. Dia cuma ingin memastikan yang dia akan ikut serta dalam
rencana makan tengahari itu. Dia akan menggunakan akalnya yang Grade
A plus plus itu hanya untuk
meluangkan masa dengan Umairah sebelum Wanita itu dimiliki
sepenuhnya. Dia bukan kejam tapi cuma ingin menuntut apa yang telah
Umairah janjikan padanya. Itu tekadnya.
“Assalamualaikum!
Ummi! Pak Rahmat!”
“Assalamualaikum”
pintu rumah di ketuk. Zarief menanti dengan harapan. Dia sungguh
pasti dengan tekadnya itu. Mudah-mudahan dipermudahkan. Amin!
“Walaikumsalam.
Sekejap!” Suara Pak Rahmat.
Pintu
dikuak sedikit. Terkejut Pak Rahmat dengan kehadiran Zarief di subuh
hari.
“Apa
anak Zarief buat kat sini pagi-pagi buta ni? Dah solat Subuh?”
“Err..
saya dah solat. Cuma lepas solat tu tak dapat nak tidur balik, so
sebab tu saya datang. Sebab saya bosan.” sengihnya.
“Mari
masuk! Angin pagi ni sejuk. Nanti dingin pulak badan.” ajak Pak
Rahmat ramah.
Kelentong
habis si Zarief ni. Tak dapat tidur selepas solat? Eleh dia ni
makhluk yang lebih suka tidur bila ada masa terluang. Entah apalah
nasib si Umairah ni.
“Nak
Zarief rehat-rehat dulu, lepas ni nanti kita sarapan. Saya pun nak
gerak ke rumah Nek Yam kamu ni. Kat rumah ni cuma kami bertiga, yelah
Si Haris anak yang bongsu tu dia masih belajar lagi. Tadi malam dia
tidur kat rumah kawan dia. Tunggu sini dulu ye Zarief” mesra
sungguh Abah Umairah ni. Kalaulah Papa macam Pak Rahmat bahagia hidup
aku. Dalam diam pun boleh nak berangan-angan. Dari ekor matanya
nampak Pak Rahmat menuju masuk ke biliknya.
“Siapa
datang?” soal satu suara tiba-tiba. Penyoal itu semakin mendekati.
Bila mendekat.
Zapppp!!
terus saja wanita itu berlari masuk. Serasa seperti bergegar lantai
rumah itu.
'Umairah..Umairah..
rupanya kau ni ada masalah rabun di subuh hari.' geli hati Zarief
melihat riak wajah Umairah yang terkejut.
Setelah
beberapa detik. Dia terasa bosan duduk di ruang tamu itu. Si Bobo the
cat pun tidak kelihatan. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Idea
yang bernas. Tanpa rasa segan silu di rumah kampung itu, dia
melangkah menuju ke dapur. Sudah beberapa kali dia menemani Umairah
menyiapkan hidangan makan tengahari. Tapi kali ini dia hendak
menyediakan sarapan pagi pula.
Umairah
keluar dengan pakaian yang lebih sopan, tudung dipakai untuk menjaga
auratnya. Dia melilau-lilau mencari Zarief. Ternyata Zarief tiada di
ruang tamu rumahnya.
'Mana
mamat ni? Dia dah nyanyuk ke datang subuh-subuh ni?' soalnya sendiri.
Telinganya
menangkap bunyi dari dapur. Awalnya Ummi buat sarapan. Langkah dibuka
menuju ke dapur. Dia terpinga-pinga tatkala melihat lelaki itu sedang
menyibukkan diri menyiapkan sarapan pagi. Walaupun ketika itu belum
ada apa-apa yang terhasil mungkin saja lelaki itu masih mencari
bahan.
“Awak
cari apa tu?”
Dia
diam masih memikir-mikir. “ Rumah ni ada mee tak? Saya ingat nak
goreng mee aje.. ni ada telur, udang kering dan sos tiram boleh kita
makan sama-sama” ujarnya selamba.
“Awak
pandai masak?” Zarief hanya mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Saya
suka travelling. So
kenalah pandai berdikari. Masak pun yang simple-simple je.” Umairah
terkejut, lelaki itu membahasakan dirinya sebagai saya. Dia tersenyum
sendiri.
“Awak
tak percaya? Saya akan buktikan.. so
I need mee
immediately.. it's almost 5.45am
dah.. cepatlah!” gesa Zarief mungkin melihat senyuman Umairah
seperti mengejek dia saja. Dia akan buktikan. Dan masakkan itu akan
membuatkan Umairah nak lagi. Hehehe.. pintar jugak Zarief ni.
“Yelah..
kejap” jadi mereka sama-sama memulakan sesi masterchef di
dapur rumah yang sudah berselerak sebab Zarief. Umairahlah yang kena
kemas semua itu. Gelak ketawa mereka kedengaran bila Zarief membuat
aksi-aksi yang melebih-lebih dengan mengangkat kuali berisi mee
goreng pusing sekeliling meja makan di dapur itu. Pecah tawa mereka
itu membuatkan Ummi Saleha dan Pak Rahmat terus membuka langkah ke
dapur. Mereka lihat anak perempuan mereka yang tersenyum gembira
melayan kerenah Zarief.
Hati
Ummi terdetik rasa kasih pada Zarief yang pandai menggembirakan
Umairah. Dia sebenarnya tahu yang Zarief itu seorang budak yang baik.
Cuma bahasanya saja masih kasar. Tapi tidak pulak dia pernah berkasar
dengan orang tua cuma pada Umairah saja. Niatnya untuk membantu sama
menyediakan sarapan terbantut bila Zarief dan Umairah bersatu
menyediakan sarapan. Tunang anaknya, Hafeez itu tak pernah pulak nak
masuk dapur rumah mereka ini. Tapi Zarief lansung tidak kekok dengan
suasana rumah kampung. Biasalah bila anak bandar masuk kampung tentu
lazimnya mulut sentiasa merungut. Zarief ni bukan saja anak bandar
tapi dibesarkan di negeri beriklim sejuk. Tidak pulak dia pernah
mendengar Zarief merungut.
Zarief
sudah terbiasa dengan dapur kecil itu. Sejak datang di kampung
Umairah, dia tanpa segan silu membantu Umairah, alasannya adalah
bosan. Tapi pagi itu, Zarief ikhlas nak menyediakan sarapan bukan nak
kata sebelum ni membantu Umairah menyediakan makan tengahari tak
ikhlas.. dia ikhlas tapi saja je nak ambil point. Hehehe..
“Wahh
sedapnya bauu.. lapar perut ni mintak isi” Ujar Pak Rahmat seraya
melabuhkan duduk di meja makan. Ummi Saleha pula membantu membuat air
untuk sarapan mereka
Umairah
terus membersihkan meja itu dan menyediakan piring buat sarapan di
pagi itu. Zarief terus menghidangkan Mee buat semua. Pak Rahmat sudah
menggosok-gosokkan tanganya tidak sabar.
“Abang
bacalah doa dulu” ujar Ummi Saleha menegur suaminya.
Zarief
duduk disebelah Umairah berhadapan dengan Pak Rahmat. Meja itu
muat-muat untuk makan empat orang saja. Umairah mengerling pada
Zarief yang pagi-pagi sudah berpeluh. Seraya dia bangkit dan
mengambil tisu untuk Zarief. Zarief terkejut dengan perlakuan
Umairah. Hatinya berbunga riang. Eleh itu pun dia boleh happy.
Betul-betul sakit jiwa Zarief ni. Bila semua sudah bersedia, Pak
Rahmat menadah tangannya untuk mengepalai bacaan doa makan. Tapi
bukan suara Pak Rahmat yang keluar tapi suara Zarief pulak yang
membaca. Ummi tersenyum. Sungguh dia senang dengan lelaki itu.
Bertuah wanita yang menjadi isterinya nanti.
Setelah
mengaminkan doa. Pak Rahmat sudah menyuap mee goreng masakkan Zarief.
Ummi dan Umairah jugak begitu. Sesuap..dua suap.. senyap saja.
'Mereka
tak nak puji aku ke? Senyap je' Zarief pelik dengan keluarga itu
tiba-tiba. Dia memandang Umairah yang diam di sebelahnya.
Umairah
tersedar dengan pandangan itu terus.. ZAPP! Bergetar jantung Zarief
dengan panahan mata itu. Terus Zarief memalingkan semula mukanya
menghadap makannannya.
“Kenapa?”
soal Umairah pendek.
“Takde
apa-apa”
“Sedap
awak masak” Zarief tersenyum dengan pujian Umairah. Sungguh dia
sudah gila berbunga riang hatinya.
“Sedap
tak Ummi, Abah?” soal Umairah pada kedua orang tuanya. Dia tahu
dari tadi Zarief diam kerana ingin menunggu komentar dari para juri
Masterchef. Hehehe..
“Sedap
kamu masak Rief, kat mana belajar? Mama kamu ajar ke?” Zarief hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya dengan soalan bertalu-talu Ummi.
“Kamu
tak belajar dengan mama kamu.. hebat kamu!” Ujar Pak Rahmat sebelum
Zarief menjawap pertanyaan Ummi tadi.
“Tak
lah Ummi, Rief belajar sendiri je. Mama tak pernah nak ajar pun.
Tinggal pun asing-asing. Saya tinggal kat rumah sendiri di New
Zealand. Kenalah belajar memasak. Setahun saya sambung belajar di
Australia. Kalau cuti semester pulak saya pasti akan belayar dan
merantau. Kawan-kawan pun selalu puji saya masak. Tapi saya cuma ada
satu rahsia Ummi. Rahsia yang boleh buat makanan kita jadi sedap!”
ujarnya mesra.
“Apa
rahsianya?” Soal Ummi. Umairah sebenarnya ingin tahu tapi dia cuma
jadi pendengar setia. Nasiblah Ummi yang tanya. Dia tak mahu
kelihatan terkinja-kinja dengan Zarief. Jatuh maruah.
“Ummi
and Pak Mat nak
tahu..? rahsianya ialah..” diam seketika.
“Keikhlasan.”
dia pandang wajah Umairah di sebelahnya.
“Kalau
kita ikhlas dalam melakukan sesuatu tentu sahaja semua yang kita buat
itu akan berjaya. Samalah dalam sesebuah masakkan itu, bila kita
ikhlas tentu saja makanan itu akan menjadi seperti yang kita
inginkan. Mama saya selalu tekankan mengenai hal ini. Ikhlas dalam
semua hal. Bila ikhlas itu di tangga teratas, maka tamak dan hasad
dengki akan tersingkir. Awalnya saya tak paham. Sekarang saya faham.
Tapi tak bolehlah jugak kita nak ikhlas saja tanpa usaha.. kan Pak
Mat?” Ujarnya dengan penuh makna.
“Betul
tu.. Dengar Umairah?” tatkala itu memang Umairah seakan makan
chili. Dia terasa dengan kata-kata Zarief.
'Adakah
aku tidak ikhlas? Tapi tidak ikhlas pada siapa?' soalan itu muncul di
benaknya. Terlayar wajah Hafeez di ruang mata seakan menjawab soalan
itu.
Jam
sudah menginjak 9.30 pagi, Umairah sengaja menyibukkan diri. Selepas
sarapan pagi tadi, dia memulakan dengan mengemas dapur, kemudian
ruang tamu dan biliknya. Sekarang dia baru saja hendak menyidai
pakaian di belakang rumah. Dia betul-betul tertanya-tanya dengan
dirinya. Adakah dia betul-betul ikhlas menjadi tunang Hafeez. Sudah
hampir empat tahun dia menyandang status tunang tanpa perasaan cinta
pada Hafeez. Dia memang menyenangi tunangnya. Hafeez selalu jugak
bercerita tentang dirinya. Tapi Umairah tidak pulang pernah
menceritakan apa-apa tentang dirinya. Dia masih lagi berahsia dan
belum selesa dengan Hafeez. Mungkin kerana Hafeez jarang meluangkan
masa bersamanya. Sehinggakan dia tidak pasti dengan perasaannya pada
tunangnya itu. Yang dia pasti ialah perasaan itu bukan cinta. Abah
berulang kali mengingatkan padanya, Cinta itu boleh berputik bila dia
sudah berumah tangga nanti.
'Kenapa
Hafeez?' kenapa bukan orang lain?' soalan itu seringkali dipersoalkan
pada Umminya. Jawapan mereka ialah kerana Hafeez telah memilih
dirinya. Tapi Umairah belum bersedia. Ditunangkan semasa dia baru
saja melangkah ke persada menara gadingnya. Selepas ini tentu saja
Hafeez akan melamarnya. Itu yang dia takutkan. Dia sebenarnya keliru
dengan dirinya. Dia mengeluh keras. Terhenti pekerjaannya seketika.
'Apa
kena dengan aku ni?' dia menggeleng-gelengkan kepala.
Tiba-tiba
dia teringat akan sesuatu. Dia menundukkan kepala berasa bersalah.
Dia teringat akan SMS dari Hafeez yang mengatakan dia akan pulang ke
kampung. Tapi SMS itu pagi hari semalam. Disebabkan menemani Zarief
memancing dia lupa pulak akan tunangnya itu.
Di
dalam rumah pulak, Zarief tercongok di hadapan televisyen. Dia
sebenarnya menunggu Umairah, lamanya dia ni buat kerja. Bila nak
sambung buat aktiviti ni? Dia menekan-nekan remote control.
Dari satu chanel ke satu chanel. Satu saja perkataan
yang melambangkan dirinya ketika itu. Bosan!. Maklumlah semua dah
buat kerja masing-masing. Pak Mat dan Ummi sudah pergi ke rumah Nek
Yam.
Tiba-tiba..
cinta terpisah ruang
waktu..
tetap cinta bersatu
dalam hatiku..
walau raga kita tak
mungkin bersama..
bla..bla..bla..
Zarief
mengecilkan matanya. Macam kenal je lagu ni. Tentulah Zarief kenal
lagu tu, yang selalu didengar di waktu malam di rumah Nek Yam
sebelum Umairah meminta izin untuk pulang. Drama yang membuatkan
Zarief tidak di hiraukan selama 30 minit dan menyebabkan Zarief masuk
tidur. Soundtrack
drama yang hero dia berketul-ketul badan tapi muka tak setanding
muka Zarieflah.. entah kenapalah Umairah boleh feeling habis kat
lelaki yang digelarnya A.A itu. cuma semalam je dia tak tengok.
Baguslah tak jugak Umairah tahu lelaki palsu a.k.a Hafeez tu ada kat
rumah. Pada awalnya Zarief biarkan saja telefon itu. Seraya mengubah
siaran HBO menonton cerita Pirates of Caribean the Curse of
The Black Pearl. Yelah dah bosan
tengok jelah apa-apa yang boleh tengok. Bukannya ada Astro Beyond
macam kat rumah Nek Yam pun. Hihihi.
Telefon
Umairah berbunyi lagi. Dia mengerling ke arah telefon di atas meja
berdekatan dengan bilik Umairah. Kemudian bunyi dari telefon itu mati
sendiri.
5
minit berlalu...
cinta terpisah ruang
waktu..
tetap cinta bersatu
dalam hatiku..
walau raga kita tak
mungkin bersama..
bla..bla..bla..
deringan
kali ketiga dari telefon itu betul-betul mencabar kesabaran Zarief.
Dengan dengusan nafas yang kasar Zarief mendapatkan telefon yang
dipercayai dimiliki oleh Umairah. Yelah Nokia E71 tu jugak masih dia
gunakan.
'Aku
dah upgrade guna Samsung Galaxy SIII tau.. kuno betul perempuan ni.'
desis hatinya sendiri.
Dia
melihat di screen telefon itu. “HAFEEZ Calling!”
ingin saja dia baling telefon itu. Biar kasi mampos!
'Astagafirullahaladzim!'
dia beristigfar.
'Apa
kau nak buat ni Rief?.. hemmm..yang pasti aku tak boleh biar Hafeez
dekat dengan Umairah. No.. No.. and No'
dia bermonolog sendiri.
"WOI!
Apa awak buat dengan my phone?"
Tidak semena-mena telefon berjenama nokia itu terjatuh dari pegangan
tangan Zarief yang terkejut dengan kehadiran tiba-tiba perempuan itu.
Umairah yang berada di muka pintu berasa geram dengan Zarief. Dia
terus melangkah laju menuju Zarief yang terpinga-pinga.
"Kalau yea pun awak terkejut, janganlah sampai buang telefon
saya! Ishh! Tepi!" Umairah mengutip telefonnya dan berlalu masuk
ke bilik. Zarief tidak terkata apa.
Hafeez membaling telefonnya ke atas katil.. eleh kenapa tak ke
dinding je? Kasi pecah. Yelah Iphone Four siapalah berani nak
rosakkan. Hafeez sebenarnya bengang dengan Umairah. Dia sengaja
mengambil cuti di hari sabtu hanya ingin meluangkan masa bersama
tunangnya. Dia rindu dengan wajah itu. Selepas sarapan jam 8 tadi dia
dia dikejutkan dengan cerita dari mulut Ummi Saleha yang mengatakan
Zarief menyediakan sarapan pagi buat mereka sekeluarga. Dia memang
bengang habis dengan Zarief. Tapi setengah hatinya seperti merelakan
apa yang Zarief buat.
'Adakah aku tidak layak buat Umairah?' soalnya sendiri.
'NO! Pasti Kaulah yang layak buatnya.. bukan sesiapa.. bukan Zarief!'
bisik suara lain dalam hatinya.
'Atau aku yang terlalu memaksa?'
'Bukan
kau yang memaksa Feez, kalau dulu kau yang paksa kenapa dia
bersetuju?'
'Itu dulu, empat tahun yang lalu.. tapi aku tak lihat Umairah macam
terpaksa menerima aku'
'Dah sah dia berubah Feez.. orang mudah saja berubah'
'Umairah tak mungkin berubah!' bentaknya
'Kau tak rasa yang Zarief boleh merubah Umairah?' provok suara itu
'Tak mungkin Zarief yang membuatkan Umairah berubah kerana Umairah
baru kenal dengan Zarief. Dulu Zarief tak sempat pun berkenalan
dengan Umairah. Zarief cuma menjadi pemerhati tak terhormat Umairah.'
entah kenapa Hafeez membela Zarief.
'Kau kenapa Feez? Kenapa kau lemah sangat ni?'
'Aku tak tahu!!! tapi aku sakit hati dengan Zarief!'
Tetap saja dia merasakan bahawa dirinya itu tidak bermakna apa-apa
buat Umairah. Dia cuma ingin mendapatkan kepastian dari mulut wanita
yang dikasihinya itu. Empat tahun mereka bertunang tapi dia tidak
merasakan hubungan mereka sebagai tunang itu seperti pasangan yang
lain. Umairah lansung tidak pernah menyebut mengenai perkahwinan.
Bila Hafeez membangkitkan mengenai isu perkahwinan pasti Umairah akan
menyatakan bahawa dia belum bersedia. Tapi sampai bila? Soalan itu
selalu berlegar di kotak minda Hafeez. Dia nekad hendak berjumpa
dengan Umairah dan dia mesti mendapatkan kata putus dari bibir
tunangnya.
'Jadi apa kau tunggu lagi?? pergilah rampas semula apa yang
sepatutnya menjadi hak kau Feez. Apa yang kau tunggu lagi?' suara itu
membuatkan Hafeez terus mengambil handphone dan kunci
keretanya lantas terus bergerak keluar. Moga-moga apa yang
diimpikannya terlaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan