“Ini yang buat aku
bengang ni!” siapa lagi yang menggangu Umairah di pagi-pagi hari
yang sedikit kekurangan ketenteramannya disebabkan oleh kehadiran
mamat sengal di rumahnya. Tak cukup dengan kebingitan dari gelak tawa
Zarief yang kedengaran sehingga ke biliknya. Sungguh dia tidak
tenang. Kerana Zarief, dia tidak sempat nak menjawap panggilan dari
Hafeez.
Dengan kepala yang kusut,
Umairah membuka langkah ingin melihat gerangan orang yang tidak
bertauliah membunyikan hon kereta bertalu-talu.
'Siap kau!' sungguh
Umairah geram dengan pemandu kereta itu
Zarief yang berada di
ruang tamu betul-betul bengang dengan kereta yang membingitkan
telinganya. Siapalah gerangannya.
“Siapa Rief?” soal
Umairah yang melihat Zarief mengintai dari jendela made up of
woods itu.
“Entah..
kereta Lexus berwarna Silver.. awak kenal ke?” soal Zarief
lambat-lambat. Umairah turut sama melihat gerangan orang yang datang.
Jelas kelihatan ialah lelaki yang sentiasa menuntut persetujuan dari
mulutnya. Dia meruap wajahnya. Terpancar riak kerisauan dari wajah
Umairah.
Dari
kaca cermin keretanya, Hafeez nampak dengan jelas lelaki dan
perempuan yang mengintainya dari jendela rumah Pak Mat. Sungguh dia
geram kala itu. Terus dia keluar dari perut kereta mewahnya.
Umairah
terus memberanikan diri turun ke halaman rumah. Dia tahu dia
bersalah. Dia akan menjelaskan tentang SMS Hafeez yang tidak
dibalasnya. Tapi dia jugak geram dengan Hafeez, tidak pernah dia
berkelakuan begini. Kenapa dengan Hafeez ya?
Pada
ketika itu, Zarief hanya melihat dengan jelas. Dia tidak mampu untuk
menghentikan Umairah kerana dia tiada sebab untuk menghalang seorang
tunang berjumpa dengan bakal suaminya. Pada kala Umairah sudah
berhadapan dengan Hafeez, Zarief turut turun ke halaman rumah Pak
Mat. Bukan dia mahu masuk campur dia cuma ingin mencuri-curi dengar
saja. Sempat lagi si Zarief ni. Ini dah masuk zone bahaya tau.
“Feez,
bila sampai? Kenapa tak bagitahu nak ke sini? Siap hon berkali-kali
malu tau dengan jiran-jiran.” Ujar Umairah perlahan.
Riak
Hafeez masih tegang.“Kenapa tak jawap call?”
soalnya.
Umairah
mengerling pada Zarief yang ada tidak jauh dari dirinya dan Hafeez.
Sibuk je mamat tu.
“Maira
tak sempat nak jawap tadi. Maira busy kemas rumah, sidai baju....”
“Stop!”
belum sempat Umairah menghabiskan ayatnya Hafeez mencelah.
“Maira
nak jawap tapi..” sambungnya
“Enough!”
naik tangan Hafeez mengarahkan Umairah berhenti bercakap.“Maira tau
tak apa status Maira?”
Umairah
mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Apa
status Maira?” soalnya dengan mata yang membara tepat memandang
wajah Umairah yang menunduk.
“Apa
Maira? Say it out loud!”
gertaknya sengaja ingin menyakitkan hati Zarief yang dia pasti sedang
mendengar.
“Tunang
Hafeez” lemah suara itu menjawap.
“oh really tunang
saya? Awak malu dengan jiran-jiran bila saya bunyikan hon
berkali-kali tapi awak tak malu bila awak yang merupakan tunang saya
berdua-duaan dengan jantan ni dalam rumah awak sendiri?” tudingnya
pada Zarief. Semua hutangnya akan dilunaskan dalam sehari saja.
“Kau
jangan nak tuduh sembarangan Feez!” Zarief sudah berang dengan
kata-kata yang terluah dari mulut Hafeez. Dia memberanikan diri
berhadapan dengan Hafeez. Sudah hilang rasa hormatnya pada lelaki
itu. Dia rela diherdik di fitnah tapi bukan pada buah hatinya. Tentu
Umairah terguris dengan kata-kata dari tunangnya sendiri.
“Kau
jangan nak masuk campur!” tumbukan tepat pada wajah Zarief. Zarief
tersungkur jatuh mencium tanah. Habis tersembur darah dari mulut
Zarief.
“Hafeez
apa awak buat ni?” Umairah segera mendapatkan Zarief. Puas hati
Hafeez melakukannya walau sebahagian dirinya rasa bersalah.
“Sudah
terbukti semuanya Maira, tak payah berselindung lagi. Hari ini saya
cuma nak dapatkan kepastian. Dan saya sudah dapat jawapannya. Sungguh
jelas sekali. Sila jawap soalan saya dengan jujur. Apa hubungan awak
dengan jantan ni?” dengan suara yang ditahan dia ajukan soalan itu
pada Umairah yang masih disisi Zarief.
“Feez,
Maira tak ada apa-apa hubungan dengan Zarief, kan dia sepupu awak
Feez. Nenek cuma ingin saya temani Zarief di kampung. Saya masih
waras dan saya tahu status saya ini adalah tunang awak. Awak tak
perlu ragu dan risau saya tak menaruh perasaan lansung padanya.”
air mata jatuh mengalir tapi Umairah tidak tahu air mata untuk
apakah itu. Dia cuma ingin menyelamatkan Zarief dari perbuatan kasar
Hafeez. Dia kasihan kepada Zarief yang menjadi mangsa Hafeez. Kenapa
Hafeez menjadi sebegini kasar semula? Kenapa dia menjadi dirinya yang
dulu?
“Kalau
begitu kahwin dengan saya!” titik itulah kata putusnya. Tersentak
Umairah dengan kata-kata yang meniti dari bibir lelaki itu.
Sepedih-pedih rasa Umairah pedih lagi hati Zarief. Rasa bagai
disiat-siat hatinya dengan kenyataan dari mulut lelaki itu.
“HAHH?!!”
itu saja yang terluah dari mulut Umairah.
Terdiam
mereka seketika. Desah nafas mereka memecah kebisuan.
Hafeez
meruapkan wajahnya. Terus dia masuk ke dalam perut keretanya kerana
dia perlu menenangkan dirinya. Sungguh dia kecewa dengan tunangnya.
Dia menggenggam erat stereng keretanya. Kereta di pandu dalam keadaan
diri tidak terkawal. Terus saja menuju jalan besar. Masih tergambar
dengan jelas wajah Umairah yang panik menyelamatkan Zarief sehingga
memegang tangan serta wajah lelaki itu. Sungguh dia tercabar. Empat
tahun dia menjadi tunang Umairah dia lansung tidak pernah menyentuh
tangan malah kulit wanita itu. Sakit hatinya. Pedih teramat sangat.
Linangan air mata menyukarkan pandangan Hafeez.
'Kenapa
aku terlalu emosional ni? Aku bukan jenis macam ni.. Astagafirullah,
aku kembali ke kampung hanya ingin mendapatkan kepastian. Tapi kalau
dia memilih Zarief aku akan relakan. Tapi kenapa mulut aku boleh
meluahkan kata-kata yang boleh membuat Umairah akan semakin terseksa.
Aku perlu patah balik. Aku mesti berbincang baik-baik dengan dia.”
stereng di belok mengejut ke kanan ingin membuat pusingan U.
Sebaliknya...
PINNNNNNNNNNNN!!!!!!!.
“ALLAH!”
jeritnya.
“Awak
tak apa-apa?” soal Umairah.
“Saya
tak apa-apa.. Awak okay?” lembut suara Zarief menyembunyikan
kepedihan hati. Umairah mengangguk. Dia tersenyum manis pada Umairah
buat pertama kalinya. Dia mengaku kalah. Dia tidak dapat melawan
takdir. Tapi dia sudah berusaha dan dia ikhlas jika ini
ketentuan-Nya.
“Biar
saya bagi ubat kat bibir awak” Zarief menarik tangan yang menyentuh
wajahnya. Wajah mereka sangat dekat. Zarief terus bangun dan
membersihkan bajunya yang terkena debu tanah. Tangannya masih dalam
pegangan Umairah terus dilepaskannya.
Umairah
terpinga-pinga dengan perbuatan Zarief. Zarief menggeleng-gelengkan
kepalanya. Desah nafas jelas kedengaran dari dua insan itu. Dalam
pandangan Zarief menusuk ke tangkai hati Umairah. Zarief memaksa
dirinya senyum buat wanita yang dikasihinya dalam diam. Air mata
tertahan. Sakit dibibirnya tidak setanding luka dihati yang terguris.
Wajah Umairah inginkan pengertian. Dengan berani Zarief membetulkan
tudung Umairah. Di pegangnya bahu wanita itu.
“Awak
tunang Hafeez” lirih suara itu menyedarkan Umairah. Umairah melihat
lelaki itu melangkah pergi. Tanpa sedar air matanya berlinangan
jatuh. Kenyataan dari mulut Zarief membuatkan dia teresak-esak.
'Kahwin
dengan saya!' kata-kata putus dari bibir Hafeez terngiang-ngiang
ditelinga membuatkan Umairah terduduk di halaman rumah melihat Zarief
melangkah meninggalkannya.
Dalam
langkah Zarief menuju ke rumah agam Nek Yam, air matanya tidak
henti-henti mengalir. Dia lemah hanya kerana seorang wanita. Wanita
yang menjadi igaunnya selama ini. Tiada gunanya dia berada di Brunei
lagi. Dia akan kembali ke Dunedin semula. Dia rela untuk berkerja
dengan papanya jika dia gagal merawat penyakit jiwanya ini. Biarlah
dia kembali menjadi Zarief semula. Dia merehatkan diri di pondok
dusun milik Nek Yam, merenung nasib diri.
Zarief
merasakan dirinya merupakan seorang yang gagal. Gagal merawat
hatinya. Kepulangannya kali ini tidak membuahkan hasil. Bahkan
semakin menyakitkan. Harapan untuk berlama-lama dengan Umairah hanya
untuk mencuba nasib diri dan mencuba mendapatkan hati wanita yang
sudah lama menjadi igauanya musnah begitu saja. Malah wanita itu akan
dimiliki oleh tunangnya secara paksa. Masih jelas tergambar wajah
Umairah yang terkejut dengan kata-kata Hafeez tadi. Kata-kata yang
memaksa wanita pujaannya berkahwin. Wajah Umairah pucat bagaikan
tidak berdarah kala itu.
Zarief
terus bangkit setelah rasa tenang selepas dapat merehatkan diri.
Matahari sudah semakin menegak naik membuatkan kepalanya pening. Di
raba-rabanya mukanya. Harap-harap Nek Yam tak syak dia menangis.
Kalau Nek Yam tahu habislah jatuh maruah. Dia mengerling jam
tangannya. Sedar tak sedar sudah jam sebelas setengah pagi. Lama
jugak dia di pondok itu.
Zarief
terus melangkah menuju ke laman belakang rumah agam itu kawasan yang
dipenuhi dengan pohon-pohon hijau cukup dengan warna-warna ceria dari
pokok-pokok bunga yang ditanam oleh Nek Yam. Dia cuma mahu
bersendiri. Di tariknya nafas sepuasnya dan dihembuskannya. Terleka
dia seketika. Damai sungguh kampung itu.
'Apa
rancangan kau sekarang Zarief?' bisik satu suara.
Zarief
mengetapkan bibirnya sambil menggaru-garukan kepalanya.
'Entahlah..'
ujarnya seraya menundukkan kepala dan mengeluh dengan kuatnya.
Lama
Zarief melayani perasaannya yang bergolak sejak insiden pagi tadi.
Dia cuma perlu sedikit masa untuk bersendirian sehinggakan dia
terlelap sendiri walaupun matahari tegak berdiri ditengah-tengah
langit lansung tidak membuatkan Zarief berganjak.
“Aaa..
nak Arief, bangun!!”
“Bangun
nak! Puas Pak Mat cari Arief.. cepat tolong .. tolong Pak cik,
tolong.. pergi panggilkan Umairah..” tergagap-gagap Pak Rahmat
berkata-kata.
“Kenapa
ni Pak Mat? Kenapa dengan Umairah” Soal Zarief bengang cuba
menangkap perkara sebenar.
“Dah
tak banyak masa nak.. tolong Pak cik. Hafeez meninggal dunia pergi
panggilkan Umairah”
“HAHH??”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan