sesaat.. dua saat.. tiada respon. Syakira membesarkan mata. Geram pasa mamanya yang tidak mengendahkan dirinya di muka pintu bilik mamanya itu.
"MAMA! are you even listening to what I'm just saying ma?" dia berpeluk tubuh tidak berpuas hati dengan mamanya.
"Yes my dear? yes I've heard it clearly.." senyuman sinis terbit pada wajahnya. sungguh dia senang hati dengan kenyataan itu. Harapannya untuk merampas harta Hafeez kini bakal menjadi kenyataan.
"So? What should we do Mama..? Are we going to kampong now? Can I just stay here. Kiera tak selesa lah mama. Kampong tu kan panas banyak nyamuk pulak." Wah pandai juga perempuan ini berbahasa melayu ye. Buat penat je telinga dengar dia merungut dalam bahasa Inggeris.
"please mama." pujuk Syakira lagi.
"NO! both of you are coming with me. It's a must and it's an order. call you sister now we will be leaving soon." tegas itulah yang suara Haliza.
"DARN IT!" Syakira meninggikan intonasi suaranya seraya menghentakkan kakinya tanda protes. bila mamanya sudah bersuara tiada siapa pun yang berani melawannya.
Manakala Haliza pada ketika itu, sudah bersedia untuk melancarkan segala rancangan-rancangannya untuk mengambil hak milik Perusahaan yang di uruskan oleh Hafeez.
"Siap kau Hafeez, dulu aku minta baik-baik dekat kau tapi kau halau aku. Kau belum lagi tahu siapa Mak Su Liza kau ni Hafeez. Aku betul-betul gembira kau dah mampus! Peluang aku untuk mengambil alih syarikat akan lebih luas.Sekarang Haji Arsyad kau tengoklah apa aku boleh buat terhadap syarikat yang kau amanahkan pada cucu kesayangan kau itu. Aku akan pastikan seluruh harta tersebut milik aku! HAHAHAHA"
_________________________________________________________________________________
Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka. Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat."
_________________________________________________________________________________
Pada kala itu, Umairah bersendirian di belakang rumah agam Nek Yam. Sunyi saja suasana malam itu. Malah tiada lansung bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi ditelinganya. Yang ada cuma suara arwah Hafeez terngiang-ngiang.
'Kahwin dengan saya' berulang-ulang suara itu yang di dengarnya bagaikan rakaman suara yang dimainkan berkali-kali.
Keliru. Itulah perasaan yang paling tepat untuk menggambarkan perasaan Umairah. Dia sedih atas pemergian Hafeez tapi sejujurnya dia kurang mengerti akan persoalan atas sebab kesedihannya itu. Ketiadaan Hafeez sebenarnya telah membebaskannya dari sebuah kehidupan yang terkongkong oleh seorang tunang. Mungkin kesedihannya itu disebabkan oleh rasa bersalahnya terhadap arwah Hafeez.
Sedang dia bersendiri, Zarief duduk di sebelahnya.
"Ehem!" berdehem keras sekali. Sebagai tanda dia wujud disebelah wanita itu.
Tiada respon.
"Ehem..ehem!" kali keduanya.
Tetap tiada respon. 'Cuba menyanyi pulak'
"Hiding from the rain and snow,
trying to forget but I won't let go..
looking at the crowded street..
listening to my own heart beat..
la la la la la la la la la...."
Zarief menoleh, melihat jika perempuan itu memberikan reaksi.
Tuutt..tuuutt.. nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba lagi.
'Menyanyi pulak si Zarief ni malam-malam.. kau tahu tak suara Katak lebih merdu dari suara kau Zarief'. namun tidak terluah dibibir Umairah
'Hish keras jugak perempuan ni.. aku tak pandai nak pujuk lah!' keluh hati Zarief.
"Maira, sudahlah tu. Dia dah selamat dikebumikan dah pun. Kau duduk termenung bersendiri kat sini buat apa? bukan itu saja. Senang-senang saja kau dermakan darah kau tu pada nyamuk. Kalau kau nak derma darah sekalipun pergi kat hospital bandar, mereka lagi memerlukan darah untuk pesakit-pesakit." okey serangan Zarief bermula. Mungkin ini adalah cara Zarief untuk mengumpan Umairah bersuara.
Umairah menoleh pada Zarief dan menjelingnya tajam.
"Yelah kalau kau nak nangis lagi aku ada kat sini. Aku tak ke mana-mana pun." ujar Zarief lembut.
"Bila masa pulak saya nak nangis? Saya cuma nak bersendiri" lirih suara Umairah.
"Oh okay!"
Sangka Umairah, Zarief akan beredar sejurus lepas dia menuturkan kata-katanya itu tapi nyata sangkaannya silap. Zarief masih lagi duduk di sebelahnya.
Dia meruapkan wajahnya seraya berkata "Kau tak ada kerja lain ke selain ikut aku di sini sana? Pergilah tolong Nek Yam kemas-kemas ke buatlah kerja yang berfaedah aku rimaslah dengan kau. Kalau kau tak ada teman tu kat dalam tu ada Syakira dan Syakila kau boleh jadikan teman kau. Aku betul-betul naik rimas dengan kau dan aku tak ada masa nak layan perangai kau yang kebudak-budakkan." ujar Umairah yang tidak sedar bahawa dia sudah merubah cara percakapannya dari 'saya-awak' kepada 'aku-kau'
Zarief tergamam dengan bahasa Umairah yang kasar padanya.
'Dia rimas dengan aku' Zarief menelan liurnya terasa sedih bila Umairah meluahkan rasa hatinya.
"Maira aku cuma.."
"Cuma apa? cuma nak rosakkan hubungan aku dengan Hafeez kan? Kalau kau tak datang rumah aku tadi Hafeez tidak akan kemalangan kau tahu tak?"
"Maira.. aku mengaku aku pun salah dalam hal ini. Tapi Hafeez dah arwah dah. boleh tak we just move on?"
"Cukup Rief, Just go! sebelum aku buat perkara diluar kewarasan aku. Pergi! I don't need you here. Leave now!"
"Okay" hanya itu yang terluah dari mulut lelaki itu lantas terus mengangkat punggung beredar dari tempat itu segera.
'Maira kau tahu tak yang aku cuma nak kau tahu yang aku sayang kau dan aku sanggup buat apa saja asalkan kau bahagia' gugur air mata lelaki itu saat hatinya mengucapkan kata-kata itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan