Ini
sudah masuk hari ke-empat Zarief ada di kampung. Bermakna sudah
genap empat hari Umairah menemani Zarief bersiar-siar mengelilingi
kampung. Pada petang itu, Umairah membawa Zarief memancing kerana itu
adalah salah satu minat Umairah. Dari perkenalan mereka yang singkat
itu, Sedikit sebanyak Umairah dapat tahu mengenai Zarief.
Di
sebalik wajahnya yang kurang senyuman, Umairah dapat tahu dari mulut
lelaki itu sendiri bahawa dia pulang ke Brunei tanpa pengetahuan Mama
dan Papanya. Zarief mengatakan bahawa dia ingin berdikari tanpa
bantuan sesiapa pun. Sekarang dia cuma ingin bercuti dan belum
bersedia sepenuhnya untuk bekerja. Usia Zarief sudah mencecah 29
tahun. Menamatkan Ijazah Sarjana mudanya di Universiti of Otago, New
Zealand dan menamatkan pengajian Masternya
dua tahun yang lepas. Katanya, dia pernah bekerja di sebuah syarikat
swasta di New Zealand tapi menurutnya dia tidak suka bekerja sebagai
kuli kerana dia lebih suka menjadi pengarah. Besar sungguh cita-cita
dia. Di sebalik wajahnya yang boleh jugak dikatakan comel dan kacak
itu seperti punya masalah yang tersendiri yang tidak mahu dikongsikan
bersama. Biarlah lelaki berbibir kemerahan itu bukannya dia kisah pun
tentang hidup lelaki yang tak sedar di untung itu.
“Zarief,
awak tahu tak? Sebenarnya..”
“Tak,
Aku tak tahu!” tingkahnya sebelum Umairah menghabiskan kata-kata.
Umairah
terdiam seketika, dan kirainya dinaikkan meniru gaya Ziana Zain
sebagai tanda protes pada Zarief.
“Yelah,
saya kan baru nak beritahu kat awak ni.” ujar Umairah serius.
“Ohh!
I see.. you may carry on. I'm a good listener”
Kata Zarief terangguk-angguk seakan-akan mengejek.
“Tak..
saya nak beritahu kat awak yang sebenarnya fishing is a
good therapy for the mind, the soul and especially your heart.
Memancing boleh mengajar kita untuk jadi lebih tenang dan sabar dalam
membuat sesuatu. Bukan itu saja, memancing juga mencabar tahap
kesabaran kita. Sebab itu, Allah ciptakan akal untuk kita gunakan
sebaiknya sebelum membuat suatu perkara. Kita kena fikir mana yang
baik dan mana yang buruk. Selain itu, dengan hati yang ada untuk kita
timbang sebelum membuat keputusan secara terburu-buru.” terang
Umairah dengan bersungguh-sungguh dengan harapan Zarief akan memahami
akan apa yang disampaikannya itu.
“Oh,
I'm impressed!” kata
Zarief pelahan.
“Thanks”
jawap Umairah sambil melemparkan senyuman manis pada Zarief.
Zarief
bagaikan baru tersedar. Seraya menggelengkan kepala.
“Kenapa?”
Soal Umairah kurang faham dengan gelengan Zarief.
“No
maksud aku.. errr..” diam dia seketika. Dia menghembuskan nafasnya
keras.
Dia
terus memandang tepat wajah wanita di sebelahnya.. “ Err.. well
I'm not impressed pada
kata-kata kau yang lansung tak masuk dalam kepala aku ni..”
“Habis
tu pada apa?” Potong Umairah laju kerana geram.
“ Well,
I'm impressed pada otak kau yang
sebenarnya. Otak yang tak tahu macam mana nak susun atur point
penting dengan statement
kau yang panjang lebar tu. Mula-mula kau cakap pasal therapy
segala bagai, lepas tu cakap
pasal akal dan hatilah pulak.. Macam mana kau boleh graduate
dengan First Class Degree eh?”
soalnya dengan nada sindiran.
Umairah
betul-betul hendak melepaskan geramnya pada Zarief yang asyik untuk
menyakiti hatinya. Pada ketika itu Zarief tersenyum mengejek padanya
berpuas hati dapat membuatkan gadis dihadapannya menahan marah.
“Orang
kata, memancing adalah sebuah terapi untuk menenangkan jiwa dan juga
boleh mengajar kita untuk bersabar. Betul tak Cik Umairah yang
manis?” sindirnya pada Umairah yang mengetap bibir menahan marah.
'Mengata
dulang, paku serpih.. mengata orang, dia yang lebih..' agaknya
kata-kata itu memang sesuai dengan situasi Umairah sekarang . Mana
tak nya, dia ajar orang untuk bersabar last-last
dia jugak yang kena.
“Sudahlah..
Saya nak balik. Saya belum solat Asar!” Umairah meminta diri cepat
kerana ingin lari dari terus menahan marah pada Zarief.
Zarief
tersenyum sendiri. Girang sungguh hatinya. Kalaulah hari-hari dia
boleh bersama dengan Umairah.. dia tahu gadis itu sudah di-cop oleh
sepupunya. Dia berharap kepulangannya kali ini akan membuahkan hasil
kerana dia merasakan adalah tidak salah baginya untuk berusaha
daripada tiada usaha lansung untuk mendapatkan ubat kepada penyakit
jiwanya ini.
Masih
teringat pertama kali dia melihat Umairah, gadis itu sejak awal lagi
sudah bertempat dalam hatinya. Segala ciri-ciri yang ada pada Umairah
menepati cita rasanya. Bukan pada paras rupa yang menyebabkan dia
jatuh hati tapi pada harga dirinya yang tidak ternilai. Umairah
seorang yang taat pada agamanya lebih-lebih lagi pada orang lain
tidak mengira pangkat atau usia. Cuma dia berasa sedih dengan
kenyataan bahawa gadis itu akan ditunangkan dengan sepupunya. Pada
kala itu jugak dia membawa diri pulang semula ke Dunedin New Zealand
dan menyambung pengajiannya.
Sepanjang
empat hari di kampung, Zarief sengaja berkasar dengan Umairah demi
menjaga batas-batas antara mereka. Dia takut dia tidak akan dapat
mengawal perbuatannya. Cuma cara bahasa dan tingkah laku yang sengaja
di buat-buat tersebut akan membataskan mereka. Zarief tidak mahu
merosakkan hubungan Umairah lebih-lebih lagi memalukan keluarganya.
Zarief masih waras. Baginya, dekat dengan Umairah sudah cukup untuk
merawat tekanan jiwanya itu.
'Bilalah
aku berpeluang untuk untuk membuang jauh perasaan ini.. perasaan yang
tiada nama.' ujar Zarief sendiri.
Dari
ekor matanya, Zarief melihat Umairah berlalu meredah kepanasan
matahari petang. Sosok tubuh itu seperti sudah terbiasa dengan cuaca
yang terik. Tiba-tiba, Zarief mendapat satu akal.
“UMAIRAH!”
jeritnya lantang
Tiada
respon. Umairah hanya ingin cepat-cepat meninggalkan Zarief.
“UMAIRAH!!”
cubanya lagi.
Umairah
yang sudah jauh dari pondok panas hati dengan jeritan mamat sewel itu
terus berpaling melihat Zarief yang baru saja memanggilnya.
“Barang
ni siapa yang nak kemas?” Soal Zarief lantang.
“Awak
kemaslah sendiri!” jerit Umairah lantas meneruskan langkahnya untuk
pulang.
“Aku
tak nak kemas!” bentak Zarief terus berlari mendapatkan Umairah
meninggalkan segala perkakasan memancing di pondok hujung kampung
itu.
Umairah
hanya mendiamkan diri, malas hendak melayan kerenah Zarief yang
kebudak-budakan itu.
“Tak
nak kemas sudah” ujar Umairah meneruskan langkah.
Zarief
bengang dengan Umairah. Begitu kecilnya hati gadis ini. Dengan mudah
saja gadis itu boleh terasa dengan kata-katanya sebentar tadi. “Kau
Kenapa Umairah?” Soalnya sambil menarik tangan kanan Umairah yang
berada dihadapannya.
Tersentak
Umairah dengan tindakan Zarief. Ditariknya kasar tangannya dari
Zarief. Besar matanya terhadap Zarief. Sungguh dia tidak menyangka
Zarief akan berani sebegitu.
“Maaf!”
kata Zarief lembut. Tidak dia sanggup memandang mata Umairah yang
menyala.
Umairah
mendengus dan melihat ke kiri serta ke kanan bersedia untuk
menyeberang jalan raya menuju ke rumah agam Nek Yam. Zarief terdiam
menurut langkah kaki Umairah. Akhirnya barang-barang perkakasan
memancing itu ditinggalkan begitu saja.
Tanpa
mereka sedari, ada mata yang memerhatikan mereka. Mata itu faham akan
perbuatan Zarief pada Umairah. Terbit rasa bersalahnya pada Zarief.
“Seronok
memancing?” Soal Nek Yam pada cucu lelakinya itu.
“Ermm..
Seronok! Itu pun kalau dapat ikan.. tapi..” diamnya seketika
“Tak
ada rezekilah nek.” ujarnya dalam kesayuan.
Nek
Yam mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. “Kenapa? Maira tak ajar
Arief ke?”
“Ajar!
Lepas tu dia tinggalkan Arief. Tak sampai 30 minit dia kata nak
pulang.. itu yang Arief ada kat rumah ni. Dia hantar Arief pulang
then dia balik ke
rumah dia. Tak jemput Arief lansung..” Zarief berkata manja kepada
Nek Yam yang tersenyum-senyum.
“Assalamualaikum!”
sapa satu suara di sebalik pintu besar rumah agam itu.
“Wa..laikum..salam..”
lambat-lambat Nek Yam menjawap salam tersebut.
Bibik
pun membuka pintu dan menjemput pemilik suara itu masuk.. Nek Yam
terus berdiri dan melemparkan senyuman manis pada lelaki muda yang
baru melangkah masuk itu. Hafeez!.
Gulp!
Zarief menelan liurnya. Sesak nafasnya seketika.
“Nek
Yam! Ohh.. rindunya pada nenek!” lantas Hafeez terus mendapatkan
Nek Yam dan mendakapnya erat. Mata Hafeez tertangkap susuk tubuh yang
ada di hadapannya. Dia melepaskan pelukkan pada Nek Yam dan melangkah
menuju Zarief sepupunya.
“Hey
Bro! Bila balik?”
terus menghulurkan tangan pada Zarief yang kaget dengan kepulangan
Hafeez.
“Last
4 days ago.. coming back for good!”
ujarnya perlahan.
“Good
to see you bro!” ujarnya
tersenyum tapi hatinya bergetar cemburu.
“Oh..
ya! mana Maira, my dearest fiancee nek?
Soalnya pada Nek Yam sambil melirik pada Zarief. Sungguh wajah Zarief
muram.
“Kata
Zarief dia pulang ke rumahnya selepas memancing tadi.”
Zapp!
Hafeez tersentak. Jadi betullah dengan apa yang dilihatnya sebentar
tadi.
“Oh!”
ujarnya pendek. Ekor matanya melihat Zarief yang sudah duduk
mendiamkan diri di sudut ruang tamu rumah agam itu. Jelas riak wajah
Zarief sayu. Mungkin wajah itu sayu kerana tidak mengalu-alukan
kedatangan Hafeez.
Diam
menyelubungi suasana petang di rumah Nek Yam. Hati tua itu bagaikan
mengerti riak wajah kedua-duanya.
4
tahun yang lalu.
“Aku
tahu apa yang mata kau sedang perhatikan Rief!” kasar suara itu
menegur tiada ramah lansung.
Zarief
menahan rasa terkejutnya disergah begitu. Dia terleka memerhatikan
Umairah yang sedang membersihkan kawasan rumah Nek Yam.
“Aku
cuma nak ingatkan kau, Maira itu milik aku Rief. Aku lebih layak
untuk dia.” Hafeez sedar lelaki yang baru sampai ke kampungnya itu
seakan-akan berminat dengan tunangnya. Dia dapat kesan pada wajah dan
mata lelaki itu yang bersinar bila sahaja Umairah berada di hadapan
Zarief.
“Rief,
Umairah itu tunang aku dan aku pinta sangat kat engkau. Tolong jauhi
dia. Aku rasa dengan status aku sebagai tunang Umairah, aku ada hak
untuk memberi amaran pada mana-mana lelaki yang mendekati tunang aku
kan? Jadi tolong jauhi dia.” Hafeez sebenarnya gentar dengan Zarief
kerana cuma lelaki itu yang mampu menewaskannya. Zarief punya
segalanya. Harta, berpendidikkan, muda malah matang cuma penampilanya
selekeh jika hendak dibandingkan dengan Hafeez yang kacak dan punya
karisma sebagai seorang ketua. Hafeez tidak sepandai Zarief. Sebab
itu dia takut dengan kemungkinan Zarief akan merampas Umairah
darinya. Dia benar-benar berasa susah hati.
Zarief
terdiam. Baru tiga hari mereka di kampung dan Hafeez seperti
berpura-pura ramah kepadanya. Semuanya itu palsu dari awal dia
menjejakkan kaki di kampung ini. Dia sedar akan kepalsuan Hafeez itu
di saat mereka sembahyang berjemaah di rumah arwah Tok. Bila Pak
Lang menyuruh Zarief untuk meng-azankan sembahyang Maghrib tapi
sebaliknya Hafeez menarik tangan Zarief dan dia yang berdiri lalu
meng-azankan solat berjemaah. Zarief bengang tapi dia faham.
Hari
kedua dia terasa hati dengan Hafeez yang sebilik dengannya tapi tidak
mengejutkannya untuk solat Subuh. Perbezaan waktu antara New Zealand
dan Brunei tetap berbeza dan dia masih belum terbiasa .Apabila Zarief
menanyakan mengenai perkara itu Hafeez memberikan alasan bahawa subuh
itu Zarief tidur nyenyak dan dia tidak mahu mengganggu. Zarief tahu
yang Hafeez memandang serong pada penampilannya yang agak tidak
senonoh dipandang. Kemudian dia di buli lagi untuk mengangkat sofa
dari luar rumah untuk dikembalikan masuk ke dalam ruang tamu.
Nasiblah Umairah ada menyejukkan hatinya yang panas kerana Hafeez
yang dingin kepadanya.
Mungkin
salahnya jugak. Sebenarnya dia tidak tahu status wanita yang bernama
Umairah itu. Gadis yang telah menjadi cinta pandang pertamanya.
Wanita itu yang menjemputnya masuk pada kala rumah itu bergema dengan
bacaan Surah Yaasin. Senyuman dalam kesedihan gadis itu yang
membuatkan dia jatuh hati. Kuat sungguh wanita itu dan nyata hatinya
tidak salah pilih. Gadis itu adalah anak Pak Rahmat iaitu penjaga
rumah Tok dan Nek Yam jadi itu bukanlah sepupunya. Pertama kali masuk
ke rumah itu dia merasa tidak selesa. Tapi senyuman Umairah yang
membuatkan dia hidup dalam dunia kampung ini.
Dia
sedar sekarang. Mungkin Umairah bukan jodohnya. Dia sedih dengan
kenyataan itu lebih sedih kerana tunangnya adalah lelaki palsu itu!
Geram sungguh Zarief. Oleh kerana amaran dari bibir lelaki palsu itu,
keesokan harinya dia sekeluarga berangkat pulang ke Dunedin, New
Zealand.
“Pak,
makan malam sudah di siapin, Nek Yam udah menanti di ruang makan”
Zarief
yang sedang mengelamun mengingati peristiwa lalu terkejut dengan
bibik Yati itu.
“Okay.”
pendek saja jawapanya lantas bangun dari pembaringannya. Kalau
ikutkan hatinya, dia hanya mahu berkurung saja dalam bilik itu. Dia
tidak punya hati ingin bersemuka dengan Hafeez lelaki sombong itu.
Tapi apa kan daya perut perlu di isi juga moga-moga saja Umairah ada
di ruang tamu. Walaupun mungkin wanita itu hendak berjumpa tunangnya
tapi itu sudah memadai buat Zarief. Langkah yang lemah di hayun
menuju ke ruang makan rumah Nek Yam. Nasib kaulah Zarief.
“Hahh!
Muncul pun dia. Dah solat Rief?” soal Nek Yam pada cucunya yang
baru hendak duduk menyertai dia dan Hafeez untuk makan malam.
“Sudah
Nek, kemudian tertidur nasib baik Bibik kejutkan.. kalau tidak jadi
tikus malamlah Arief malam ni.” seloroh Zarief.
“Ish
kamu ni Rief! Ada-ada aje. Nah makan!” Nek Yam menyudu Sambal ikan
Tahai dan di letakkan pada pinggan Zarief.
Nyata
Hafeez kurang senang dengan kemesraan itu. Sepanjang dia di kampung
tidak pernah Nek Yam memanjakan dia begitu. Mungkin antara semua
cucu-cucu Nek Yam Zarief adalah cucu lelaki yang bongsu anak Pak Ngah
Hakeem. Dia diam saja di ruang makan sehinggalah..
“Nek,
Maira not joining us for dinner ke?” soalan Zarief
mengejutkan Hafeez. Yang mana sebenarnya tunang Umairah? Dia atau
Zarief?
“Oh..
dia ada pesan kat Rahmat tadi, malam ni dia kata dia nak makan malam
dengan keluarga dia je. Yelah sejak Arief ada ni dia tak ada masa
lansung dengan Ummi dan Abahnya. Biarlah dia” Zarief
mengangguk-angguk dan menghabiskan makanya.
Hafeez
semakin sakit hati dengan kata-kata Nek Yam. Dia pulang dari
outstation Umairah lansung tak muncul-muncul tapi bila lelaki
di hadapannya itu ada, bukan main setiap malam dia makan malam
bersama-sama. Ini sungguh tidak adil, rungut Hafeez sendiri.
“Nek
esok, Saya ingat nak bawa Umairah makan tengah hari bersama lagipula
Hafeez tak kerja esok. Jadi, tak dapat nak temankan Nenek makan
bersama. Nenek tak kisah kan?” Hafeez memandang Nek Yam untuk
meminta sokongan.
“errr...”
nenek melihat pada Zarief yang masih khusyuk makan atau buat-buat
fokus sahaja.
“Yelah”
jawap nenek lemah. Hafeez tersenyum menang. Zarief sebal tapi dia
bukan bodoh tentu saja ada yang dirancangkannya.
Nenek
bukannya hendak berat sebelah tapi sebenarnya dia lebih suka melihat
Zarief dengan Umairah. Entah kenapa hati tuanya lebih merasakan
antara Zarief dan Umairah itu merupakan pasangan yang sesuai dan
ideal bila bersama. Bila bersama Umairah, Zarief seperti mempunyai
jiwa dan bernyawa. Manakala, Umairah pulak apabila bersama Zarief dia
dapat membuat segala yang di inginkannya. Zarief tidak pernah memaksa
tapi Umairah tetap rela untuk berbuat apa saja asalkan Zarief
gembira.
Sepanjang
empat hari ini hati tuanya sungguh gembira bila Zarief mengatakan
mereka pergi berkebun, menolong disekolah, berbasikal, memancing dan
mandi sungai. Semua itu adalah hobi Umairah dan Zarief lansung tidak
merungut. Hemm.. apalah nasib mereka ini. Seorang suka dengan wanita
yang sudah bertunang dengan lelaki yang dia tidak suka. Tunang wanita
itu pulak cucu dari anak pertamanya. Pening sungguh dia dengan aturan
itu. Biarlah. Yang penting dia bahagia bila anak-anak cucunya
bahagia.
Tiba-tiba
Nek Yam tersedar. Aastagafirrullahaladzim. Kenapalah pemikirannya
kejam sangat. Mereka menghabiskan masa malam itu kebanyakkannya
dengan berdiam diri sahaja. Masing-masing dengan rasa sendiri.
Biarlah esok yang menentukan segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan