Jumaat, 7 Jun 2013

BAB 1 - TANPA NAMA CINTA

PROLOG

Dalam diam-diam Umairah hanya mampu menbatukan diri.. walaupun cercaan demi cercaan yang menghambat telinganya. Dia tetap berdiri kaku. Badannya seperti patung yang tidak lagi dapat merasa segala cubitan dan tamparan dari Puan Liza.sekali lagi dia diduga. Kenapa arwah Hafeez membuat dirinya begitu. Status tunang yang ditinggalkan berhak menerima segala harta warisan. Umairah hanya mampu mengalirkan air mata. Warasnya tidak lagi wujud. Masa bagaikan terhenti. Serasa dirinya dipermainkan. Tudung yang sebelumnya cantik terletak sudah tidak menentu dengan tarikkan kasar dari tangan Puan Liza.

Suasana di bilik persidangan tersebut suram dan terasa hangatnya. Selepas sahaja Encik Mustafa meminta diri dari upacara pembacaan wasiat arwah Hafeez. Pada ketika itu jugaklah Puan Liza menyerang Umairah dengan ganas. Tanpa ada belas kasihan lansung.

Zarief melihat Umairah yang hanya berdiri kaku tidak terkutik lansung untuk membalas serangan Mak Su nya.

'Tidak sakitkah dia?' soalnya dalam hati yang hiba.

Dengan tidak semena-mena, minda Zarief lebih cepat bertindak memaksa dirinya yang baru sembuh lalu, menarik Umairah kedalam pelukkannya.. ternyata semua orang dalam bilik persidangan itu kaget. Puan Aini dan Tuan Haji Hakeem tidak terkata apa lagi. Semuanya sudah ditentukan oleh wasiat arwah Hafeez. Pilu rasa hati Puan Aini dengan pencaturan terhadap hidup Umairah.

“Maira, please kuat! Aku ada kat sini.. jangan lemah macam ni” bisik Zarief pada telinga Umairah yang ada dalam rangkulanya

Umairah dituduh menjadi penyebab kematian Hafeez, Jutawan muda yang merupakan anak tunggal kepada kakak sulung suaminya Tuan Hakeem. Kini, segala harta warisan tersebut diwasiatkan ke atas nama Umairah, tunang arwah Hafeez.

“Zarief! Ketepi!” tempik Mak Su Liza yang berusaha menarik tangan Umairah yang berada dalam dakapan Zarief.. dia ingin menyeret Umairah. Rancangannya semua sudah gagal. Begitu teguh dan kukuh Zarief menjadi pelindung Umairah. Dia turut merasa terseksa dengan perbuatan Mak Su Liza terhadap Umairah. Dalam hal ini dia jugak persalah.

Tapi segalanya bagaikan terhenti. Marah Mak Su Liza meluap-luap, Umairah hanya terkaku diam dalam dakapan, Zarief sayu melindungi Umairah yang menjadi mangsa keadaan, Tuan Hakeem dalam diam marah dan malu terhadap adik bongsunya, Puan Aini mengalirkan air mata. Pilu hatinya melihat keadaan Umairah. Di satu sudut sana, ada yang mengejek memandang.
Bala adalah pelita bagi orang yang arif, menyedarkan orang yang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak ada seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimba bala, rela dan bersabar. - Junaid Al-Baghdada

3 minggu sebelumnya...

“Maira!,” tegur satu suara.

“Maira!” lalu Umairah bertoleh. Cepat saja mata bulat Umairah menangkap sesusuk tubuh yang berlari mengejarnya.

'Oh No! Mamat ni lagi! Apa dia buat kat sini? Tak serik-serik kah dia?' jerit hati kecil Siti Nurul Umairah.

Dengan wajah yang dimaniskan tanpa keikhlasan Umairah berpaling memberikan senyuman dalam keterpaksaan. Lelaki itu bergegas mendapatkan Umairah yang jauhnya beberapa langkah dari dirinya.
“Kau nak kemana?” kasar bahasa yang digunakan Zarief bertanyakan mengenai perihal Umairah. Jelas terlihat kulit Zarief kemerah-merahkan disebabkan panas terik.

Geram hati Umairah melayan Zarief. Lelaki itu selalu sahaja menyusahkan dia. Perangai Zarief tidak menurun perangai Tuan Hakeem dan Puan Aini lansung. Bahasanya sentiasa kasar. Perangainya mengada-ngada. Belum masuk part dia marah-marah mengalahkan gadis datang bulan.

“Aku nak balik rumah kejap. Memasak untuk makan tengahari. Kenapa?” jujur dan tulus Umairah menjawap. Dia tahu untuk menjaga tatasusila dan bahasa. Dia tidak mahu maruah dan harga diri keluarganya tercemar walaupun Zarief kasar padanya. Ayahnya sudah lama berkhidmat untuk keluarga Datuk Haji Arsyad yang merupakan Datuk kepada Zarief. Jadi dia tidak akan sekali-kali mencemarkan nama keluarganya yang sangat dipercayai. Umairah jugak terhutang budi kerana dia juga membesar bersama keluarga tersebut. Semua serba serbi lengkap, Datuk Haji Arsyad tidak pernah menganak-tirikan cucu-cucunya termasuk Umairah yang juga dianggap sebagai cucunya sendiri. Seorang yang asalnya cuma tukang masak sebuah restoran Islam kini berjaya membuka syarikat dan kilang Pemerosesan makanan.

“Woi kau mengelamun ditengah hari yang terik ni kenapa?” Suara garau Zarief mengejutkannya.

Umairah menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum sumbing 'Harap-haraplah dia tak ikut aku!' doa Umairah di dalam hati.

“Takde apa-apa..” kata Umairah menyembunyikan malunya dan terus saja melangkah laju niat untuk meninggalkan Zarief.

Rumah agam Datuk Arsyad tidak jauh dari rumah keluarga Umairah. Jika lalu menggunakan jalan raya akan memakan masa lebih kurang 10 minit tapi Umairah selalu merentas melalui dusun buah-buahan milik keluarga Datuk.

Sedar tak sedar, Umairah terdengar bunyi tepuk dan tampar dari arah belakangnya. Tambahan dengan bunyi derap kaki yang melangkah memijak daun-daun kering di dusun itu. Umairah memberanikan diri untuk berpaling walaupun hakikatnya dia takut jika ada yang berniat tidak baik kepadanya. Terkejut bukan kepalang ternyata, mamat itu masih lagi ada dibelakangnya mengekorinya dari tadi.

“Woi apa awak buat kat sini?” Sergah Umairah. Zarief terpinga-pinga kerana disergah begitu. Dia leka menghalang nyamuk dari terus-terusan menghisap darahnya. Dia terpana lalu terus saja menggaru-garu kepalanya.

“Errrr.. Aku ikut kau balik rumahlah.” jawapnya selamba.

Riak bengang nyata terrias di wajah Umairah. Sungguh dia tidak berpuasa hati dengan penyataan dari mulut lelaki yang tidak disenanginya.

“Zarief! Saya nak balik rumah saya, now apa kata awak pergi balik rumah awak. Nanti Nek Yam cari awak dan dapat ceramah Uztazah pilihan secara percuma. Go home! Please..

“Eleh.. pasal kau lah aku ada kat sini.. percuma-cuma dihisap darah oleh segala spesis nyamuk yang ada kat hutan ni. Bukankah Nek Yam yang beri arahan pada kau untuk jadi tour guide yang tak berlesen to me. So, apa yang aku buat ni memang tak salah. Aku akan ikut ke mana saja kau berjalan. Lebih-lebih lagi ke tempat yang aku belum pernah pergi. Kan aku cucu kesayangan Nek Yam?” ujarnya dengan bangga.

'Ish mamat ni! Nak saja aku lempang dengan selipar berjenama Jepun ni.' Umairah mengetapkan bibir sebagai tanda protes dan terus membuka langkah seribu menghampiri rumah keluarganya.

Umairah memang tidak suka dengan kelakuan Zarief yang mengada-ngada dan kurang ajar. Dia merasakan Zarief adalah seperti seorang 'Tuan Besar' yang mesti dipatuhi. Kata-katanya sentiasa kasar dan tidak menyenangkan telinga yang mendengar. Silap hari bulan, kata-katanya itu bakal menimbulkan musibah.

'Kenapalah aku mesti melekat dengan mamat kurang pendidikkan ini?' jerih suara hati Umairah sendiri.

“Umairah!” Jerit Zarief kencang.

Umairah bertoleh “ Apa lagi??” bentaknya.

“Aku nak kau ingat perkara ini.. walau kemana kau pergi. Aku Ahmad Ilham Zarief akan akan ikut kau. Kalau kau cuba mengelak dari aku sekalipun aku akan tetap mendekatkan diri aku pada kau. Dan jangan sekali-kali kau cabar aku Umairah. Aku pegang kata janji kau depan Nek Yam dua hari yang lepas.” Katanya serius dengan riak wajah yang menahan marah.

Umairah kaget. Cepat saja dia meneruskan langkah. Laju. Sehinggakan tak sedar yang dia telah meninggalkan Zarief.


“Maira, janji tau jangan tinggalkan Zarief sendirian di kampung kita. Dia tidak tahu menahu tentang selok belok kampung. Jadi, nenek amanahkan Zarief dalam jagaan Umairah. Kerana nenek percaya cuma Maira saja yang layak untuk menemani Zarief.” ujar nenek dalam nada yang serius memandang tepat ke bola mata Umairah yang sedari tadi seakan-akan tidak selesa.

Zarief yang memeluk tubuhnya tersenyum sumbing dengan kejayaannya dapat membuat Umairah patuh pada arahan Nek Yam. Bangga sungguh dia dengan status cucu kesayangan Nek Yam. Cucu yang baru pulang ke pangkuan keluarga.

“Baik nek, Maira janji” . ujar Umairah untuk tidak menghampakan permintaan Nek Yam yang dianggapnya sebagai nenek kandung sendiri.

Umairah tidak senang dengan Zarief. Sesampai saja di rumah agam milik keluarga Nek Yam di Kampung Tanjong Maya, Tutong, dia melangkah tanpa menanggalkan kasut. Bukan itu saja, Salam pun tidak diberinya. Zarief terus masuk tanpa meminta izin.Ummi kepada Umairah bernama Saleha terkejut dengan kedatangan tidak diundang Zarief. Bahkan Abah yang sudah lama menjadi penjaga rumah agam itu pun lansung tidak kenal dengan kelibat Zarief. Umairah yang pada ketika itu di ruang tamu melihat lelaki itu terus saja melangkah menuju ke bilik Nek Yam.

“Encik cari siapa?” tanya Umairah memberhentikan langkah Zarief yang belum dikenalinya.

“Aku nak jumpa Nek Yam” ujarnya serius.

“Encik siapa nak jumpa dengan Nek Yam?” Soal Umairah berani.

Diam. Lelaki itu mengecilkan mata.

“Kenapa Encik nak jumpa dengan Nek Yam?” Soal Umairah lagi.

“Kau siapa yang layak bercakap dengan aku? Jadi masalah ke kalau aku nak jumpa Nek Yam?” merah pipi lelaki itu menahan marah agaknya.

“Saya bertanya hanya untuk kebaikkan bagi mengelakkan kesalah fahaman encik.” terang Umairah yang kurang senang dengan bahasa lelaki itu.

“Ohh mengelakkan kesalah fahaman?” katanya terangguk-angguk tapi jelas riaknya mengejek.

Good! For your information Aku adalah Tuan Uztaz yang ingin berjumpa dengan penuntutnya.. Puas hati?!” jeling Zarief kasar dan terus berlalu dengan sengaja melanggar bahu Umairah yang terpinga-pinga.

“Hey, Tuan Uztaz, terhormat sangatkah pangkat Uztaz sehinggakan tidak tahu menjaga adab dan tatasusila Tuan Uztaz ketika memasuki rumah orang lain.” Jerit Umairah yang marah dengan lelaki yang sudah melalui depan koridor bilik Nek Yam.

Terhenti langkah Zarief dengan jeritan itu. Tercabar rasa egonya ditegur sebegitu rupa. Segenap ahli rumah turut menjenguk melihat punca jeritan dari mulut munggil Umairah yang tidak pernah meninggikan suara pada sesiapa pun. Zarief bertoleh, dan mempercepatkan langkah pada perempuan yang berani itu. Menyala-nyala mata Zarief, dia ingat dengan menyatakan dia uztaz sudah cukup untuk menggambarkan dia seorang yang tidak patut dicurigai. Tapi perempuan itu lebih-lebih menyiasat identiti dirinya membuatkan dia malas untuk melayan. Tujuannya hanya ingin mengejutkan Nek Yam dengan kedatangnya tanpa pengetahuan Mama dan Papanya.

“Ehh Zarief! Ya Allah cucu nenek dah balik!” jerit suara Nek Yam kedengaran. Suara yang dapat menenangkan di antara situasi tegang antara Umairah dan Zarief.

'Zarief? Inikah Zarief yang aku kenal dulu?' soal Umairah dalam hatinya.

Zarief yang Umairah kenal cuma seorang, Ilham Zarief anak Pak Ngah Hakeem dan Mak Ngah Aini. Sebuah keluarga yang tidak pernah diberi restu oleh Datuk Arsyad kerana kata Ummi, Mak Ngah Aini bukan orang Brunei. Malah keturunan pun tidak diketahui asal usulnya. Dari kerana itu, Pak Ngah Hakeem membawa diri dan keluarganya ke Dunedin, New Zealand. Di sanalah Zarief membesar dan pertama kali mereka pulang pada 4 tahun yang lepas apabila Datuk Arsyad meninggal dunia. Tapi mereka tidak lama di Brunei kerana dengarnya Kak Hanisah telah selamat melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan seorang lelaki yang bekerja dengan kedutaan Brunei di sana.

Seingat Umairah, Zarief adalah seorang lelaki yang selekeh. Dia masih lagi ingat akan penampilan Zarief pada 4 tahun lepas. Rambutnya panjang kebahu malah bergaris keperakkan. Janggut dan misai dibiarkan tumbuh. Penampilannya amat tidak menyenangkan Umairah sama sekali. Tapi kini kenapa Zarief sungguh berlainan sekali. Bersih sungguh wajahnya. Tiada lagi baju T yang black metal dan seluar jeans yang koyak-rabak. Penampilan Zarief amat Tip-top sekali. Baju T Polo berwarna putih dan seluar jeans yang dipakai pada kali itu amat kemas di mata Umairah. Persoalannya kenapa Zarief pulang ke Brunei dengan tiba-tiba.

Bukan itu sahaja Nek Yam mengatakan bahawa Zarief akan mula menetap di Brunei kerana ingin menimba pengalaman kerja. Nek Yam sendiri mengaku bahawa cucunya Zarief ini berbeza dengan mana-mana cucu yang dia ada. Zarief seorang yang manja mengalahkan adiknya Irma Karmila. Dia merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga Pak Ngah Hakeem. Tapi Nek Yam jugak memuji Zarief kerana dia antara yang paling muda berkelulusan Master di dalam keluarga dan membanggakan Pak Ngah Hakeem.

Sejak dari kedatangan Zarief ke kampung tersebut membuatkan Umairah tidak senang duduk. Zarief memang suka mengarah. Baru tiga hari di kampung, Umairah sudah hampir gila melayan Zarief yang tidak pernah menyenangkannya. Mereka akan sentiasa bertegang urat dan Umairah terpaksa mengalah dan menahan sabar demi menjaga namanya. Dia sudah memohon maaf atas keterlanjurannya berkata-kata pada hari pertama dia berjumpa dengan Zarief. Seingat Umairah Zarief bukan seorang yang nakal. Dia pernah memerhatikan Zarief yang taat dan diam di sisi Mak Ngah Aini dan tidak pulak orang lain yang kena marah olehnya.

“Kalau mengelamun ini boleh buat orang jadi cepat kaya kan baik?” sindir Ummi kepada Umairah.

Umairah tersenyum malu dengan sindiran dari mulut laser Umminya itu.

“Tu budak tu kenapa dia ikut Maira balik? Dah takde kerja lain.. Bobo si kucing tu pun boleh jadi peneman dia bermain. Betul-betul macam budak-budak tadika! Hishh! Mintak-mintak di jauhkan.. pelik sungguh anak ini. Macam tak pernah balik kampung” leter mulut Ummi mengata si Zarief yang leka bermain dengan Bobo kucing kesayangan adiknya, Haris.

“Biarlah dia ummi, as long dia tak kacau Maira memasak. Nanti satu dapur macam tongkang pecah bila di masuk campur..”

“Apa yang pecah?”

“Ooi mak engkau pecah nak lari” latah Ummi kerana terkejut dengan Zarief yang tiba-tiba menyampuk.

Pecah tawa Zarief mendengarkan latah Ummi Saleha..

“Kalau anak ini anak aku.. eeiii.. dah lama aku tolak ke dalam gaung!” omel Ummi sendiri kerana sakit hati dengan Zarief.

Umairah menyembunyikan senyum kerana takut Umminya berjauh hati. Dia ingin cepat menyiapkan santapan untuk tengahari itu sebelum Abahnya dan adiknya pulang. Umairah terdengar seperti bunyi orang sedang memotong sesuatu. Seraya dia bertoleh, terang dan nyata Zarief sedang membantunya menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Umairah ingin menegah kerana Zarief adalah tetamu tapi ternyata Zarief begitu fokus dalam kerjanya. Jadi, Umairah membatalkan niatnya untuk menegur.

“Aku tak akan merosakkan bahan masakkan kau ni, aku cuma nak tolong sebab aku bosan!” Ujar Zarief tiba-tiba.

Umairah hanya membiarkan saja kata-kata Zarief yang seakan-akan mengerti dengan persoalan mindanya. Terbit senyuman pada wajahnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan